Lawatan kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Lawatan kerja dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara agenda yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah mengenai penjanaan kewangan, aktiviti-aktiviti Alumni dan kekangan juga cabaran yang dihadapi dalam menjejak kembali Alumni. Melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman ini, UKM, UPNM dan UTHM sangat berharap Alumni-alumni dapat kembali menyumbang bakti ke alma mater tercinta.