MAJLIS SANTAPAN DIRAJA BERSAMA ALUMNI UKM 2017

Buat julung-julung kalinya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan Majlis Santapan DiRaja Bersama Alumni UKM 2017.

D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM dan D.Y.M.M. Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli ke majlis ini.

Sehubungan itu, kepada semua Alumni UKM, Pendaulat Amanah Negara, marilah kembali ke universiti tercinta kita di samping dapat mengukuhkan hubungan dengan barisan pengurusan tertinggi universiti dan juga sesama alumni UKM.