Malam Sejambak Kasih Alumni 76/80 dan Pelancaran Tabung Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia

Malam Sejambak Kasih Alumni 76/80 dan Pelancaran Tabung Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 29 Julai 2017, bertempat di Hotel Puri Pujangga UKM. Seramai 60 orang Alumni 76/80 dan pasangan yang hadir setelah hampir 37 tahun tidak bersua muka. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pensyarah-pensyarah yang pernah mendidik kumpulan ini dahulu serta YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (HEPA). Alumni 76/80 turut memberi sumbangan kepada Tabung Alumni UKM sebanyak RM10,000.