Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Alumni UKM Bil 2/2017

Pada 17 Jun 2017, telah diadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Alumni UKM yang bertempat di Hotel Puri Pujangga Universiti Kebangsaan Malaysia.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pesiden Majlis Alumni Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak (FPER 79), Naib Pesiden Majlis Alumni Ybhg. Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad b. Hussin (FEP 86), Setiausaha Kehormat Majlis Alumni Puan Noradura Hamzah (FUU 2000), Bendahari Kehormat Majlis Alumni Encik Mohd Razif Mohd Nor (FEP 82), Bendahari Majlis Alumni Encik Mohd Azli Bin Mohd Kasirun (FEP 96), Encik A. Ganesh (FST 86), Encik Adnan Bukra, Encik Lee Thai Hung (FEP 2004),  YBhg. Datuk Haji Almain bin Ajirul (FSKK 84), Encik Muhammad Najit Bin Sukemi (FEP 2002), Encik Ir. Ahmad Nazry Bin Sarni (FKAB 94), Puan Somsiah Parman (FST 80), Encik Junaidi Bin Youb Mat Jasid (FSSK 96) dan Dr. Ainuddin Yushar Yusof (FGG 2004). Antara agenda yg dibincangkan ialah mengenai program Alumni anjuran PPMPA seperti Alumni Mentor dan Bicara Alumni, membincangkan mengenai program anjuran  Ahli Jawatankuasa Majlis Alumni UKM dengan kerjasama PPMPA, cadangan untuk menambah calon Ahli Jawatankuasa Majlis Alumni seramai 6 orang dan membincangan  tentang kemasukan ahli baru Ahli Jawatankuasa Majlis Alumni. Pesiden Majlis Alumni melahirkan rasa teruja dan mengucapkan terima kasih kepada UKM kerana sangat komited dalam usaha memperkasakan Alumni UKM.