SESI PENYERAHAN TUGAS PENGARAH ALUMNI UKM

Sesi Penyerahan Tugas Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM telah diadakan di Bilik Mesyuarat MPP UKM.
 
Sehubungan itu, Pusat Perhubungan Alumni UKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan atas khidmat yang cemerlang serta bimbingan yang diberi sebagai Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM. Semoga Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan terus berjaya dan cemerlang dalam bidang yang diceburi.
 
Pusat Perhubungan Alumni UKM juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi AB Rahman sebagai Pengarah Pusat Perhubungan Alumni yang baharu.