Anugerah Alumni

Assalamualaikum rakan alumni,

Fakulti dalam proses memperkenalkan satu anugerah baru untuk diberikan kepada pelajar yang cemerlang pada majlis konvokesyen bermula pada tahun 2018. Anugerah ini akan dipanggil ANUGERAH ALUMNI dan diberikan kepada pelajar FKAB yang terpilih. Pemenang anugerah tersebut akan menerima wang tunai sebanyak RM1000 dan sijil.

Di sini saya memohon sekiranya alumni yang sudi menyumbang bolehlah menghubungi En Mohd Faris Ngadinin (03-89118427 / farisadinin@ukm.edu.my),  Eksekutif Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Alumni.

Sasaran kita untuk mendapat RM5000 untuk membolehkan anugerah ini diperkenalkan untuk seorang pemenang selama tempoh 5 tahun. Bilangan pemenang bergantung kepada jumlah kutipan sumbangan yang diperolehi.
Semoga usaha ini dapat meningkatkan motivasi pelajar utk terus cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah.

Sekian terima kasih

“Alumni Hebat Memasyhurkan UKM”

Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab. Rahman
Timbalan Dekan Prasiswazah
(Alumni 1997-2000)

Cara-cara untuk memberi sumbangan:
1. Masuk ke give2ukm
2. Bayaran cek atas nama bendahari
3. Secara tunai di kaunter/En Faris utk resit

Nombor 1 & 2 perlu dimaklumkan kepada En Faris untuk direkodkan.