Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina

Soalan Lazim

Adakah saya memerlukan visa untuk belajar di Malaysia?

Maklumat penug visa pelajar boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di  http://www.imi.gov.my/index.php/en/visa. Setelah pelajar telah diterima secara rasmi di UKM dan mempunyai dana (bukti dana) untuk menyokong pembelajaran, pelajar biasanya akan memperoleh visa tanpa banyak masalah.

Bagaimana untuk memilih antara program kerja kursus ataupun penyelidikan?

Pemilihan ini dipengaruhi oleh beberapa factor iaitu objektif jangka panjang kerjaya anda, tujuan untuk meneruskan pengajian, dan hasil yang diharap hasil daripada ijazah lanjutan. Jika terdapat sebarang keraguan, boleh hubungi para pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan visa?

Sebaik sahaja anda telah menerima surat penerimaan daripada UKM, anda perlu melawat Kedutaan Malaysia yang terdekat atau Pejabat Konsul di negara asal anda untuk mendapatkan visa. Sebaik sahaja tiba di Malaysia, pihak Universiti akan mendapatkan pas pelajar bagi pihak anda daripada Pejabat Imigresen Kuala Lumpur.

Bagaimanakah caranya untuk membuka akaun bank apabila tiba di Malaysia?

Untuk membuka akaun bank, anda memerlukan surat yang dikeluarkan oleh UKM, pasport dan deposit minimum sebanyak RM 300 (jumlah ini mungkin berbeza-beza mengikut bank).

Berapa lama masa yang diperlukan untuk melengkapkan program Ijazah Sarjana secara kerja kursus?

Tempoh program untuk pelajar sepenuh masa adalah antara 2 hingga 4 semester, manakala untuk pelajar separuh masa adalah antara 4 hingga 8 semester.

Berapakah kos untuk pengajian pasca siswazah dan bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan bantuan pembiayaan?

Sila muat turun senarai yuran pengajian untuk program pasca siswazah untuk kedua-dua mod pengajian di http://pkukmweb.ukm.my/pps/index_en.php itu.

Jika anda berusaha untuk mendapatkan biasiswa, biasanya anda perlu mempunyai mendapat tawaran tempat belajar terlebih dahulu sebelum anda akan dipertimbangkan untuk biasiswa tersebut. Bagi pelajar tempatan anda boleh mendapatkan bantuan pembiayaan daripada https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index2.php. Manakala, untuk pelajar antarabangsa boleh merujuk ke http://pkukmweb.ukm.my/pps/index_en.php# bawah Fellowship dan seksyen Biasiswa.

Saya tidak boleh mendaftar pada tahun ini. Bolehkah saya menangguhkan pendaftaran untuk semester yang akan datang?

Pelajar dikehendaki mendapatkan sijil perubatan jika ingin memohon penangguhan pendaftran. Semua permohonan untuk penangguhan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pejabat Siswazah Fakulti, selepas berunding dengan penyelia terlebih dahulu. Ia hendaklah dibuat dalam tempoh 4 minggu dari tarikh pendaftaran yang sepatutnya. Tempoh penangguhan pengajian yang dibenarkan adalah tidak kurang daripada 1 semester dan tidak lebih daripada 2 semester.

Apakah faedah pengajian pasca siswazah?

Pengajian pasca siswazah memerlukan kerja keras dan komitmen, tetapi dapat membantu meningkatkan  profil kerjaya anda termasuklah gaji yang lebih tinggi. Antara faedah-faedah utama ialah peluang kerjaya yang lebih baik dan prospek kenaikan pangkat, peluang untuk menukar kerjaya, pembangunan intelek dan akses kepada semua kemudahan yang terdapat di UKM.

Apakah tarikh-tarikh penting bagi program program Ijazah Sarjana secara kerja kursus?

Maklumat penuh boleh diperolehi daripada http://pkukmweb.ukm.my/pps/index_en.php#

Apakah perbezaan di antara program pasca siswazah secara kerja kursus dan penyelidikan?

Program pasca siswazah secara kerja kursus terdiri daripada beberapa modul dan unit, dimana penilaian melibatkan peperiksaana dan penilaian yang berterusan. Jumlah jam kredit telah ditetapkan terlebih dahulu dan pelajar dikehendaki menghadiri seminar, tutorial, kuliah dan perjumpaan bersama pensyarah pengajar. Penilaian akhir bagi ijazah Sarjana dibuat berdasarkan disertasi pelajar.

Program pasca siswazah secara penyelidikan dinilai sepenuhnya berdasarkan penyelidikan dan dipertahankan melalui satu sesi ujian lisan dihadapan panel penilai. Terdapat dua jenis pengajian pasca siswazah secara penyelidikan iaitu Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Jangka masa bagi program Ijazah Sarjana selalunya mengambil masa dua tahun, manakala Ijazah Doktor Falsafah mengambil masa selama 3 tahun, dimana pelajar dikehendaki menulis sejumlah jurnal sebelum penyerahan tesis. Bagi kedua-dua program pasca siswazah secara penyelidikan, penyelia anda bertanggungjawab untuk membimbing hala tuju penyeldikan pelajar dan memastikan pelajar tamat pengajian dalam tempoh yang sepatutnya.

Apakah syarat-syarat kemasukan bagi program Ijazah Sarjana secara kerja kursus?

Semua pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kemasukan program pasca siswazah yang ingin dipohon. Minimum PNGK (purata nilai gred terkumpul) yang diperlukan ialah 2.70 dari mana-mana universiti tempatan atau luar negara atau institusi tinggi yang diiktiraf dan diluluskan oleh UKM. Pemohon yang tidak memenuhi kriteria tersebut boleh dipertimbangkan dengan syarat mereka mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman yang berkaitan dengan kursus yang ingin dipohon.

Berapakah anggaran kos sara hidup untuk pelajar?

Kos sara hidup adalah berbeza bergantung kepada sumber kewangan, cita rasa dan minat pelajar. Pelajar dinasihatkan untuk berbelanja mengikut keperluan masing-masing. Anggaran kos makanan, penginapan, perjalanan dan perbelanjaan peribadi untuk pelajar yang belum berkahwin adalah sekitar RM 1000 (USD 266) sebulan.

Apakah keperluan bahasa Inggeris yang perlu saya penuhi?

Jika bahasa ibunda anda ialah bukan Bahasa Inggeris, anda dikehendaki untuk mendapatkan salah satu daripada kelayakan Bahasa Inggeris dibawah:

  • IELTS (International English Language Testing System) dengan skor minimum 6.0
  • TOEFL (Ujian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing) dengan skor minimum 550 dalam ujian kertas.
  • Menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris di UKM sebagai syarat untuk kemasukan ke program siswazah di UKM.

Apakah yang berlaku selepas permohonan dibuat?

Setelah anda menghantar permohonan secara atas talian, anda akan dihubungi melalui e-mel untuk memaklumkan keputusan permohonan anda. Pihak universiti akan menyediakan surat tawaran untuk semua pemohonan yang Berjaya, terutamanya untuk pelajar luar negara yang memerlukannya untuk tujuan visa. Jika anda tidak dapat  membuat permohonan secara atas talian, anda boleh memuat turun borang permohonan secara manual di http://www.ukm.my/pps/pdf/mohon/UKM%20Application%20Form%20for%20Graduate%20Studies%20Programme.pdf

Sila pastikan anda mempunyai dana ataupun tajaan untuk tujuan pembayaran yuran dan menampung kos sara hidup sepanjang pengajian.

Apakah yang terlibat dalam program Ijazah Sarjana secara kerja kursus?

Kaedah-kaedah pengajaran bagi program Ijazah Sarjana secara kerja kursus termasuklah kuliah, tugasan, seminar, kajian kes dan disertasi ataupun projek. Terdapat pelbagai jenis peperiksaan seperti peperiksaan bertulis, kerja kursus, projek dan lain-lain.

Apakah masa terbaik untuk memulakan pengajian siswazah?

Ramai pelajar melanjutkan pelajaran pasca siswazah selepas tamat ijazah Sarjana Muda ataupun menunggu setahun selepas tamat pengajian. Satu strategi alternatif yang boleh dipertimbangkan ialah melanjutkan pelajaran dengan mendapat bantuan kewangan daripada majikan tempat anda bekerja untuk menambah nilai kepada mereka. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil ijazah lanjutan secara sambilan, dengan mengekalkan kerjaya semasa anda untuk pembangunan peribadi dan professional yang serentak. Dengan kelayakan pasca siswazah, anda mungkin memilih untuk memulakan kerjaya baru selaras dengan kelayakan anda.

Bilakah permohonan kemasukan boleh dibuat?

Sebaik-baiknya permohonan untuk program secara kerja kursus perlu dibuat pada bulan April-Mei kerana kuliah untuk semester 1 bermula pada bulan September setiap tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai proses permohonan, sila lawati laman web Pusat Pengurusan Siswazah di https://smp.ukm.my/kemasukan/pps/sy012panduanbi.cfm