Pendaftaran (Siswazah)

Semua pelajar dikehendaki mendaftar pada setiap semester sepanjang tempoh pengajian. Pelajar hendaklah menjelaskan yuran pengajian sebelum dibenarkan membuat pendaftaran. Pelajar yang mempunyai penaja, sila kemukakah surat dari penaja ke Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM.

Pendaftaran hendaklah dibuat dalam pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Pelajar boleh meminta untuk melewatkan atau menangguhkan pendaftaran atas sebab-sebab yang munasabah. Permohonan bertulis haruslah dihantar ke Pusat Pengurusan Akademik (PPA) dalam tempoh empat (4) minggu pertama setiap semester.

Pelajar yang gagal mendaftar pada semester/sesi yang ditawarkan tanpa kelulusan bertulis daripada Dekan Fakulti untuk pendaftaran lewat, maka tawaran kemasukan akan ditarik balik.

Semua pelajar dikehendaki membuat pendaftaran kursus/tesis secara dalam talian di SMPWEB (http://www.ukm.my/smpweb) selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum semester bermula dengan syarat yuran pengajian telah dibayar (yuran semasa dan tertunggak).

Kegagalan untuk mendaftar sebelum semester/sesi bermula akan menyebabkan pelajar mendapat status “Lewat Mendaftar” dan dikenakan denda lewat mendaftar sebanyak RM50.00 dan dicaj terus ke akaun pelajar.

Pelajar yang gagal mendaftar dalam tempoh empat (4) minggu selepas semester/sesi bermula tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan Fakulti untuk menangguhkan pengajian akan diberikan status “Diberhentikan Sebab Tidak Mendaftar”.

Pelajar yang telah “Diberhentikan Sebab Tidak Mendaftar” boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Dekan untuk meneruskan semula pengajian dengan syarat tidak melebihi dua (2) semester berturut-turut dan dikenakan bayaran proses permohonan dan bayaran denda lewat mendaftar seperti yang ditetapkan oleh Universiti.

Pelajar yang telah menyerahkan tesis untuk pemeriksaan dikehendaki mendaftar untuk mengekalkan status sebagai pelajar pascasiswazah sehingga selesai pemeriksaan tesis.

Pelajar yang telah tamat tempoh pengajian dan belum menyerahkan tesis/laporan projek, hendaklah membuat permohonan tambah masa di Fakulti, selewat-lewatnya empat (4) minggu dari tarikh pendaftaran bermula. Semua permohonan untuk tambah masa pengajian hendaklah dibuat dengan menggunakan borang Permohonan Tambah Masa Pengajian  (UKM/PPPS/C/PO3/AK06/02).

Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan atau yang lain boleh memohon penangguhan pengajian di Fakulti, selewat-lewatnya empat (4) minggu dari tarikh pendaftaran bermula. Semua permohonan untuk penangguhan pengajian hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penangguhan Pengajian  (UKM/PPPS/C/PO3/AK06/01).