INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

International Colloquium on Integration Platform, Binding Differences and Diversity (ICIP2018)

November 15, 2018 @ 8:00 am - 5:30 pm

Latar Belakang

Projek Arus Perdana diperkenalkan pada tahun 2009. Ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil 28/2008 pada 5 Disember 2008 yang telah meluluskan Dasar Pengurusan Dana Universiti Penyelidikan 2009. MPU Bil 1/2009 pada 6 Januari 2009 pula telah meluluskan Dasar Agihan Dana Universiti Penyelidikan 2009. Salah satu agihan yang terkandung dalam Dasar Agihan Dana UP 2009 adalah Projek Arus Perdana (di dalam MPU diluluskan namanya sebagai Projek Mega) yang diletakkan di bawah Geran Universiti Penyelidikan. Pada Oktober 2017, Dana Arus Perdana telah diberikan nama baharu iaitu Dana Cabaran Perdana (DCP) yang menggembleng kepakaran penyelidik-penyelidik UKM dari pelbagai bidang disiplin ilmu yang menjalankan penyelidikan bersifat translasi dan multi disiplin.

UKM telah mengenal pasti tujuh cabaran perdana negara yang menjadi subjek utama dalam penyelidikan ini. Salah satunya adalah Kumpulan Cabaran Perdana, Akal Budi Melayu dengan Tema Cabaran Perdana: Kelangsungan Pemikiran, Budaya Serta Jatidiri Melayu Menghadapi TN50, yang diketuai oleh YBhg. Prof Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin. Beliau meneraju usaha kearah perpaduan, dalam konteks kesepaduan sosial. Masyarakat Malaysia masa kini masih terdapat lompong penyatupaduan yang perlu diurus dan dilaksana. Tapak integrasi merupakan usaha penyatupaduan yang ingin diketengahkan dalam kajian ini. Beberapa dimensi penting dalam fasa pertama ini yang perlu diselidiki ialah politik dan governans, pendidikan, budaya, dan ekonomi. Setiap satu dimensi ini memperlihatkan kelompongan yang perlu diisi, diurus dan dilaksana bagi membantu kerajaan mencapai keadaan β€˜sustainable society’ kerana dengan wujudnya masyarakat lestari sahaja maka β€˜sustainable development’ boleh dikecapi. Masyarakat yang dilumuri konflik menyukarkan usaha untuk mencapai kelestarian masyarakat dan pembangunan ekonomi.

UKM telah menganjurkan Majlis Persidangan Antarabangsa Bersepadu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-IIC 2017) pada tahun lepas dan telah menghimpunkan 11 persidangan yang merangkumi pelbagai bidang dan disiplin ilmu di Hotel Marriot, Putrajaya. Persidangan yang bertemakan Advancing Knowledge and Technology: Towards National Transformation 2050 (TN50) bertujuan sebagai sebuah platform berkongsi pengetahuan serta kajian dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu.

Pada tahun ini pula, Majlis Perasmian Persidangan Bersepadu Antarabangsa (UKM-IIC 2018) akan diadakan pada 13 November 2018 (Selasa) di Hotel Marriot, Putrajaya. Kemungkinan besar ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Pengajian Tinggi. Dijangka UKM-IIC 2018 akan hos 16 persidangan dan seramai 2000 orang peserta akan mengunjungi majlis perasmiannya nanti. Tema UKM-IIC 2018 adalah ‘Inclusivity and Sustainability in the Era of the Fourth Industrial Revolution’. Kumpulan Cabaran Perdana, Akal Budi Melayu akan terlibat dalam penganjuran kolokium antarabangsa yang bertajuk ‘An International Colloquium on Integration Platform, Binding Differences and Diversity’ dengan tema ‘Integration Platform, Binding Differences and Diversity’. Kolokium ini melibatkan pembentangan kertas kerja para penyelidik, pelajar siswazah dalam dan luar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Objektif

  • Mengenalpasti mekanisme penyatupaduan menerusi tapak integrasi sedia ada yang telah dilaksanakan secara β€˜top-down’.
  • Memperbaiki tapak integrasi yang sedia ada.
  • Memperkenalkan tapak integrasi baru bagi tujuan mengukuhkan kesepaduan sosial rakyat
  • Mendeskripsi dan merekodkan tapak integrasi yang diperoleh secara β€˜bottom-up’ daripada pemerhatian dan pengalaman harian masyarakat.
  • Memperkenalkan pendekatan mediasi menerusi β€˜bargaining and negotiation’ sebagai alat konsultasi mencegah konflik etnik atau meredakan percikan api perkauman.

Tema
Integration Platform, Binding Differences and Diversity
(Tapak Integrasi, Pengikat Perbezaan dan Kepelbagaian)

Anjuran

  • Program Cabaran Perdana: Akal Budi Alam Melayu dan Sumbangan kepada Pembinaan Negara Bangsa di bawah Dana Arus Perdana 2017
  • Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Atur Cara (tentatif):

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [436.82 KB]

Details

Date:
November 15, 2018
Time:
8:00 am - 5:30 pm
Event Category:
Event Tags:
, , ,

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website

Venue

Hotel Bangi-Putrajaya
Off Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia
View Venue Website