INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Kemasyarakatan ‘Literacy Camp for Social Inclusion and Mobility’ untuk Kanak-kanak & Remaja Orang Asli Temuan Hulu Langat, Selangor

March 16, 2018 - March 22, 2018

PENGENALAN

Program β€˜Literacy for Social Inclusion’ telah dijalankan sepanjang tahun 2016 dan 2017 secara bulanan dengan kanak-kanak Orang Asli Temuan di Kg Kachau Luar, Semenyih dan Kg. Gabai, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Program Literasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dijalankan di Kg Kachau Luar, Semenyih pada tahun 2016, sementara program literasi Bahasa Melayu dilaksanakan di Kg Gabai, Dusun Tua pada tahun 2017.

Pada pertengahan tahun 2017, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah meluluskan permohonan mengadakan program β€˜Literacy Camps for Social Inclusion and Mobility’ yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2018. Program ini akan diketuai oleh Dr. Ong Puay Hoon, Presiden Persatuan Disleksia Sarawak (DASwk) dan Prof. Dr. Ong Puay Liu, Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sasaran peserta adalah kanak-kanak dan remaja Orang Asli Temuan Kg Kachau Luar dan Kg Gabai yang telah mengikuti program literasi pada tahun 2016 dan 2017 di kampung masing-masing. Kanak-kanak dari kedua-dua kampung yang tidak mengikuti program tahun 2016 dan 2017 juga digalakkan menyertai kem seminggu tersebut.

Sasaran umur peserta kanak-kanak dan remaja adalah antara 7-15 tahun. Jangkaan jumlah kanak-kanak adalah 20 orang pada satu-satu sesi.

Kem seminggu Program Literasi Bahasa Melayu ini akan diadakan sebanyak dua kali, iaitu sesi pertama adalah dari 16-22 Mac 2018, dan sesi kedua dijadualkan pada bulan Jun 2018.

Program bersama kanak-kanak Orang Asli Temuan di Selangor akan berjalan serentak dengan kem kanak-kanak Penan di Metalun, Murum, Sarawak.

OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua kanak-kanak dan remaja yang mengambil bahagian akan mempunyai asas kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

TENTATIF PROGRAM


Tarikh: 16 – 22 Mac 2018
Masa: 8.00 pagi – 10.00 malam
Jumlah peserta: 20 orang kanak-kanak dan remaja
Fasilitator: 10 orang
Tempat: Kem PLKN Millennium, Beranang, Selangor

Anjuran: Persatuan Disleksia Sarawak (DASwk), dengan kolaborasi Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Multimedia University Melaka (MMU Melaka), The EDGE Education Foundation, Majlis Kebajikan Sosial Sarawak dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Jawatankuasa:

Penasihat:
Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Pengasas, KITA

Ketua Jurulatih:
Dr. Ong Puay Hoon, Presiden, Persatuan Disleksia Sarawak, Sarawak

Penyelaras Program:
Prof. Dr. Ong Puay Liu, Felo Utama, KITA-UKM

Setiausaha:
Puan Noorrulhawa Abu Bakar, Pegawai Penyelidik Sosial Kanan, KITA-UKM

Bendahari:
Puan Suhana Bahtiar, Pentadbiran, KITA-UKM

Ahli Jawatankuasa:
Cik Phoon Li Juan @ Roovasini, Pegawai Penyelidik Sosial Kanan, KITA
Dr. Sharina Abdul Halim, Felo Kanan, LESTARI-UKM
Dr. Ong Puay Tee, Pengarah CDP, Multimedia University Melaka
Cik Ngoh Su Bang, KESM Sdn Bhd

Details

Start:
March 16, 2018
End:
March 22, 2018
Event Category:
Event Tags:
, ,

Venue

Kem PLKN Millennium
Beranang, Selangor Malaysia

Organiser

Dyslexia Association of Sarawak