INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Pemerkasaan Kanak-Kanak dan Remaja Orang Asli Temuan untuk Keterangkuman Sosial dan Mobiliti Sosial (Fasa 2)

August 18, 2018 - August 24, 2018

Pemerkasaan Kanak-Kanak dan Remaja Orang Asli Temuan untuk Keterangkuman Sosial dan Mobiliti Sosial

Satu projek kolaboratif untuk mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Orang Asli Temuan dari Kampung Kachau Luar, Semenyih dan Kampung Gabai, Dusun Tua, Daerah Hulu Langat, Selangor
Fasa 2 (18 Ogos – 24 Ogos 2018)

Pengenalan:

Program β€˜Pemerkasaan Kanak-Kanak dan Remaja Orang Asli Temuan untuk Keterangkuman Sosial dan Mobiliti Sosial’ Fasa 2 akan diadakan pada 18 Ogos – 24 Ogos 2018 (Sabtu-Jumaat) di Kolej Dato Onn, UKM Bangi. Ini merupakan kelangsungan program kem seminggu fasa 1 yang telah dijalankan pada 16 Mac – 22 Mac 2018 di Kem PLKN Millennium, Beranang, Selangor.

Sasaran jumlah kanak-kanak dan remaja Orang Asli Temuan bagi kem kedua bulan Ogos ini adalah 20 orang. Program ini akan diketuai oleh Dr. Ong Puay Hoon, Presiden Persatuan Disleksia Sarawak (DASwk), selaku Ketua Jurulatih. Prof. Dr. Ong Puay Liu, Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah Penyelaras Program dan Pembantu Jurulatih.

Objektif:

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dalam kalangan peserta yang mengikuti kem literasi sesi kedua ini.

Program Tentatif:

  • Tarikh: 18 – 24 Ogos 2018 (Sabtu-Jumaat)
  • Masa: 8.00 pagi – 10.00 malam
  • Tempat: Kolej Dato’ Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
  • Peserta: 20 orang kanak-kanak
  • Umur: 9 tahun – 19 tahun
  • Fasilitator: 10 orang
  • Anjuran: Persatuan Disleksia Sarawak (DASwk)
  • Kolaborator: Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS), Multimedia University Melaka (MMU Melaka) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Hulu Langat
  • Pembiaya: The EDGE KL Rat Race 2017

Jawatankuasa:

  • Penasihat: Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Pengasas, KITA
  • Ketua Jurulatih: Dr. Ong Puay Hoon, Presiden, Persatuan Disleksia Sarawak, Sarawak
  • Penyelaras Program: Prof. Dr. Ong Puay Liu, Felo Penyelidik Utama, KITA
  • Setiausaha: Puan Noorrulhawa Abu Bakar, Pegawai Penyelidik Sosial Kanan, KITA
  • Bendahari: Puan Suhana Bahtiar, Pentadbiran, KITA
  • Ahli Jawatankuasa: Dr. Pue Giok Hun (Felo Penyelidik & Webmaster, KITA), Dr. Sharina Binti Abdul Halim (Felo Penyelidik, LESTARI), Cik Najatulmuna Hamdan, Eksekutif Kanan KITA, Cik Phoon Li Juan @ Rovaasini, Pegawai Penyelidik Sosial Kanan KITA, En. Muhamad Shamri Rahmat, Pentadbiran KITA, Dr. Ong Puay Tee (Pensyarah, MMU Melaka) & Cik Mariam bte Kasim (Islamic Outreach ABIM)

Details

Start:
August 18, 2018
End:
August 24, 2018
Event Category:
Event Tags:
,

Organiser

Dyslexia Association of Sarawak

Venue

Kolej Dato’ Onn
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor 43600 Malaysia