INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Siri Wacana KITA 8/2018: Pengurusan Awam Baru dan Pempolitikan dalam Sektor Awam: Kajian ke atas Pentadbir Awam di Malaysia

July 27, 2018 @ 10:00 am - 12:00 pm

Tajuk: Pengurusan Awam Baru dan Pempolitikan dalam Sektor Awam: Kajian ke atas Pentadbir Awam di Malaysia

Atur Cara Tentatif:

  • 9.45pg – 10.00pg: Pendaftaran
  • 10.00pg – 10.10pg: Kata-kata Aluan Moderator oleh Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Timbalan Pengarah KITA
  • 10.10pg – 11.30pg: Pembentangan Wacana oleh Ahmad Faiz Yaakob (P48415), Calon Program Doktor Falsafah KITA
  • 11.30pg – 12.00tgh: Sesi Soal Jawab
  • 12.00tgh: Tamat
Abstrak

Kajian ini mengkaji titik-temu politik dalam pentadbiran awam yang berakar umbi dalam model pengurusan awam baru (PAB). Model ini adalah kesan daripada evolusi birokrasi Weber sehingga Pengurusan Saintifik. Tambahan lagi, model ini membenarkan campur tangan politik dalam pengurusan awam bagi mengatasi politik gridlock agar sistem yang cekap dapat dilaksanakan. Pengalaman Barat mengakui kesukaran dan ketidakcekapan akan timbul jika politik dan pentadbiran diurus secara berasingan. Oleh itu, dengan mencipta ruang yang fleksibel dalam susun atur pentadbiran mampu menggalakkan mereka untuk lebih responsif, profesional dan efisyen dalam menyampaikan perkhidmatan awam. Satu undang-undang dan peraturan diaplikasikan bagi memastikan campur tangan politik berada dalam satu ruang dan wacana yang dibenarkan. Bagaimanpun, di Malaysia pengasingan di antara birokrasi dan pengurusan awam masih kabur. Birokrasi adalah satu proses yang yang melarang campur tangan politik namun ia seringkali dilihat tanpa sempadan yang jelas dari segi sejauhmana ianya dibenarkan. Aliran perubahan dari birokrasi kepada pengurusan saintifik boleh dikesan melalui sifat-sifat yang wujud dalam petunjuk prestasi yang tangible namun titik-temu politik sudah lama berakar umbi dalam sistem sejak di era birokrasi lagi. Dapatan menunjukkan kesan titik-temu politik yang berlaku menggugat profesionalisme dan akauntabiliti dalam kalangan pegawai kerajaan. Birokrasi diterapkan sebagai proses bagi memupuk integriti dan keberkesanan namun kemudian adunan di antara birokrasi telah mencipta budaya pentadbiran yang tidak produktif dalam kalangan penjawat awam. Kajian menggesa agar PAB ditakrif semula dan diurus semula iaitu dengan memperkenalkan prosedur yang adil (procedural justice) bagi menyelaras sempadan campur tangan politik dalam pengurusan awam. Asas dan struktur institusi kerajaan adalah kukuh namun paradigma dan budaya perlu diubah selari dengan konteks lokal yang memandang tinggi nilai integriti dan akauntabiliti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti temubual intensif dengan tiga puluh lima informan yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai atasan kerajaan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara bagi berkongsi pengalaman, emosi dan persepsi terhadap pentadbiran awam dan pengurusan. Tema-tema juga dibangunkan bagi memperlihatkan bentuk-bentuk dalam titik-temu politik termasuklah hubungan di antara ahli politik dan birokrat, impak perlantikan politik, outcome kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI), kesan pendekatan top-down serta simbolik politik. Secara keseluruhannya, tesis ini menyimpulkan bahawa PAB bukanlah satu model pengurusan awam istimewa di Malaysia kerana titik-temu politik telah membawa kepada ketidakcekapan dan berbanding kecekapan di bawah integriti yang ditakrif oleh praktis di Barat. Menakrif semula PAB memerlukan penjawat awam menegakkan undang-undang dan peraturan dan menetapkan juga sempadan campur tangan politik yang dibolehkan.

 
Biodata Ringkas Pembentang

Ahmad Faiz bin Yaakob merupakan pensyarah kanan di Fakuliti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di UiTM Seremban, iaitu satu dari cawangan UiTM di Negeri Sembilan. Beliau telah berkhidmat di UiTM hampir 14 tahun, 10 tahun di UiTM Dungun, Terengganu dan 4 tahun kemudiannya sehingga kini di UiTM Seremban 3. Beliau juga pernah memegang jawatan pentadbiran sebagai koordinator program ketika di UiTM Dungun. Sebelum berkhidmat di UiTM, beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah tetap di sebuah kolej swasta di Cheras, Selangor iaitu International Graduate Studies College dan juga sebagai tutor separuh masa di Pusat Matrikulasi UIA di Petaling Jaya.

 

Muat turun buku atur cara di sini

Details

Date:
July 27, 2018
Time:
10:00 am - 12:00 pm
Event Categories:
,
Event Tags:
, ,

Venue

KITA Meeting Room
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor 43600 Malaysia
Phone
+603-89214641

Organiser

Institute of Ethnic Studies (KITA)
Phone
+60389214641
View Organiser Website