COSNA6, 1 & 2 Disember 2018

Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan ke-6 (COSNA6) telah berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu pada 1 dan 2 Disember 2018. Program tahunan anjuran KITA, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) kali ini menyaksikan seramai 250 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah dari institusi pengajian awam dan swasta dari seluruh negara turut serta dalam pelbagai acara yang disediakan termasuklah Kongres Siswa, Forum Siswa, Kajian Kes, Bicara Tuntas. Pada Persidangan COSNA6 sendiri sebanyak 39 kertas kerja yang telah dibentangkan. Selain itu tetamu-tetamu jemputan khas yang turut hadir dan menyampaikan ucaptama dan dialog termasuklah Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif (Naib Canselor UniSZA), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (Pengarah KITA) dan Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah (UKM). Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Klik pada pautan untuk galeri