Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT), 29 April 2018

Syabas dan tahniah buat Felo Utama KITA Prof. Dr. Ong Puay Liu atas penerimaan pencalonan tertinggi Anugerah Karya Suntingan Terbaik untuk buku ‘Making the Past Present for the Future’ (2017) pada Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT) yang telah berlangsung di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 29 April 2018 (Ahad).

Buku ‘Making the Past Present for the Future: Integrated Heritage Conservation through Geopark Model’ merupakan karya suntingan bersama Prof. Dr. Ong Puay Liu, Prof. Dr. Rahimah Abdul Aziz (FSSK-UKM) dan Prof. Madya Dr. Sarah Aziz (LESTARI-UKM) dan telah diterbitkan oleh Penerbit UKM.