KITA Discourse Series 1/2019, 11 January 2019

On Friday January 11th, 2019, KITA Discourse Series No. 1/2019 was held with the following particulars:

Title: Suara Mekanikal dan Etnisiti: Industri Rakaman dan Dinamik Identiti Minangkabau di Indonesia
Speaker: Dr. Suryadi, Leiden University, The Netherlands
Venue: KITA Meeting Room

Abstract: Syarahan ini membahas persentuhan masyaakat tempatan (lokal) di rantau Melayu-Nusantara dengan aneka teknologi rakaman suara dan mengkaji kesan-kesannya secara sosio-budaya dalam pemertahanan atau pemaknaan semula (redefinition) identiti tempatan, dengan mengambil etnik Minangkabau sebagai kes kajian. Berkampung halaman di Sumatera Barat, Indonesia, etnik Minangkabau dikenal dengan budaya merantau-nya dan memadukan dua sistem sosial yang memiliki prinsip yang bertentangan, iaitu Islam dan nasab ibu (matriliny). Kerana teknologi rakaman, terutamanya kaset dan video compact disc (VCD), sudah digunakan secara luas untuk merepresentasikan dan memediatisasi unsur-unsur budaya pelbagai puak di dunia Melayu-Nusantara, tidak terkecuali Minangkabau, syarahan ini mengkaji pengaruh industri rakaman Sumatera Barat, melalui produk-produk yang dihasilkannya (kaset, CD dan VCD komersial), terhadap pemertahanan dan penerjemahan semula identiti dan perasaan keminangkabauan (the Minangness). Mengingat betapa bersemangatnya penerimaan masyarakat Melayu-Nusantara terhadap pelbagai produk teknologi rakaman suara, sangatlah lojik untuk berhujah bahawa teknologi ini telah menimbulkan efek signifikan dalam merubah konfigurasi kebudayaan etnik-etnik dan masyarakat tempatan. Dengan kata lain, syarahan ini membicarakan bagaimana suara mekanikal moden yang boleh direproduksi dan bersifat mekanik – berkat penemuan teknologi rakaman suara – mempengaruhi kehidupan manusia, yang pada gilirannya telah menyebabkan terjadinya transformasi kebudayaan tempatan.

About the Speaker: Dr. Suryadi adalah pensyarah dalam kajian Indonesia dan dunia Melayu di Department of South and Southeast Asian Studies, Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Faculteit der Geesteswetenchappen (Fakulti Ilmu-ilmu Kemanusiaan), Universiteit Leiden, Belanda. Bidang keahliannya adalah bahasa dan kesusateraan Melayu klasik & Indonesia moden dan budaya media di Indonesia; Beliau memperolehi ijazah doktor falsafah dari Universiteit Leiden pada tahun 2014 dengan disertasi bertajuk β€œThe Recording Industry and β€˜Regional Culture’ in Indonesia: The Case of Minangkabau”. Publikasi ilmiahnya diterbitkan dalam jurnal, seperti Asian Music (Hawai’i), Bijdragen tot de Taal, Land – en Volkenkunde dan IIAS Newsletter (Leiden), Journal of Southeast Asian Studies (Singapura), Indonesia and the Malay World (London), Jurnal Wacana (FIB UI, Depok), Jurnal Humaniora (FIB UGM, Yogyakarta), Jurnal Sari (UKM, Kuala Lumpur), Jurnal Ilmu Kemanusiaan dan Jurnal Wacana Seni (USM, Penang) dan Malay Literature (DBP, Kuala Lumpur). Publikasi ilmiahnya yang terbaru adalah: β€œResepsi Terhadap Muzik Pop Minang di Malaysia: Simbol Hubungan Kompleks Dua Bangsa & Budaya Serumpun”, dalam Sumbu Dunia Melayu: Hubungan Keserumpunan Malaysia-Indonesia (ed.: Arba’iyah Mohd. Noor), Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya: 375-400 dan β€œMelepasi Belenggu Kontrak Kompeni: Refleksi Hubungan Buton-Belanda dalam Warkah Verenigde Oostindische Compagnie kepada Sultan Azimuddin”, Malay Literature (DBP) 31(2): 227-262.

For more photos visit KITA Facebook page to view (click here).