Ijazah yang Ditawarkan

Sarjanamuda Pengimejan Diagnostik Dan Radioterapi Dengan Kepujian

 

Syarat Kemasukan
Syarat Kemasukan Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi

 

Jangkamasa Pengajian

Program ini akan dijalankan secara sepenuh masa. Tempoh pengajian bagi sepenuh masa adalah antara lapan (8) hingga dua belas (12) semester atau empat (4) hingga enam (6) tahun.

Matlamat Pendidikan

Mengisi keperluan tenaga manusia dalam dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi serta menghasilkan profesional yang beretika dan kompetent untuk meningkatkan kesihatan dan kesejanteraan masyarakat.

Objektif Pendidikan Program

  • OPP1: Graduan yang mempunyai pengetahuan asas dalam bidang Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi.
  • OPP2: Graduan yang kompeten dalam bidang Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi.
  • OPP3:Graduan yang mempunyai sikap dan etika profesional.
  • OPP4:Graduan yang menguasai Bahasa Melayu, dalam masa yang sama mempunyai kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
  • OPP5:Graduan yang memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan.
  • OPP6:Graduan yang berupaya untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dalam bidang Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi dengan penyeliaan.
  • OPP7: Graduan yang berupaya untuk mengadaptasi perubahan dalam sektor pekerjaan dengan persekitaran antarabangsa dan global.

Hasil Pembelajaran Program

  • HPP1: menunjukkan pengetahuan dalam bidang Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi.
  • HPP2: menunjukkan kompetensi praktikal dalam bidang Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi.
  • HPP3: menunjukkan kemahiran profesional yang tinggi dan kepertanggungjawaban kepada komuniti.
  • HPP4: mematuhi etika dan kod tatasusila profesional.
  • HPP5: boleh berkomunikasi secara efektif dan boleh menunjukkan kemahiran kepimpinan dalam organisasi di peringkat profesional
  • HPP6: menunjukkan kemahiran berfikir secara kritis.
  • HPP7: mengutamakan pembangunan diri dan kemajuan kerjaya yang berterusan.
  • HPP8: boleh mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan