Pusat Penyelidikan Pengangkutan Bandar Mapan (SUTRA)

Sustainable Urban Transport Research Centre .

PENGENALAN

 

Pengangkutan bandar mapan merupakan bidang yang melibatkan kepakaran dari perbagai bidang dan disiplin.  Pusat ini akan mengumpul dan menggembleng tenaga-tenaga pakar ini untuk membentuk satu pasukan yang bersepadu.  Pusat  seperti ini amat diperlukan di Malaysia untuk memainkan peranan yang aktif dan menerajui usaha untuk memajukan sistem pengangkutan pintar bagi membina bandar mapan

 

OBJEKTIF SUTRA

 

1) Membangun keupayaan teknologi pengangkutan pintar melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang asas dan gunaan seperti kajian binaan fizikal (physical architecture), binaan logik (logical architecture), kajian sistem komunikasi, sensor, bahan-bahan pintar dan termaju serta berbagai-bagai aplikasi dan penyebaran data serta maklumat.

 

2) Membina tenaga manusia yang berkeupayaan dalam bidang-bidang berkaitan dengan pengangkutan pintar dan bandar mapan melalui latihan ikhtisas, program penyelidikan, kursus pendek dan aktiviti jangkauan.  Keupayaan yang dimaksudkan ialah dari segi teknologi, kaedah-kaedah perlaksanaan, analisis ekonomi perlaksanaan pengangkutan pintar dan kesannya kepada pengguna.

 

3) Merangka strategi pembangunan dan pemasangan sistem pengangkutan pintar dan bandar mapan melalui penyelidikan dan kajian pengangkutan.

 

4) Membangun kaedah dan pendekatan penggunaan data dari sistem pengangkutan pintar dan bandar mapan untuk kegunaan bidang-bidang lain seperti kajian alam sekitar, keselamatan dan ekonomi.

 

5) Menjalankan aktiviti kesedaran dan promosi penggunaan alat-alat yang dibangunkan dalam sistem pengangkutan pintar dan bandar mapan untuk menambahkan ciri-ciri keselamatan, penjimatan dan mengurangkan pencemaran.

 

6) Membangunkan pusat rujukan serantau dalam bidang pengangkutan pintar dan bandar mapan dan menjadi pelantar penyelidikan untuk jaringan penyebaran ilmu antara universiti dan institusi penyelidikan dan industri pembuatan komponen pengangkutan pintar.

 

7) Menghasilkan sumber manusia mahir atau modal insan berkepakaran dalam bidang pengangkutan pintar dan bandar mapan, bahan-bahan bacaan dan juga literatur yang berhubung dengan sistem pengangkutan pintar dan teknologi tempatan yang boleh diketengahkan kepada masyarakat antarabangsa.