GEOKIDS: Program Cuti Sekolah UKM Galakkan Eksplorasi Seni dan Sains Kanak-kanak


4 Jun 2026 – Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Mampan (SUTRA), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan program cuti sekolah bertemakan Eksplorasi Seni dan Sains: GEOKIDS bagi menarik minat kanak-kanak terhadap pembelajaran berasaskan pengalaman praktikal.

Melalui aktiviti tersebut, para peserta berpeluang meneroka keajaiban alam semula jadi sambil mengasah kemahiran motor halus, kreativiti dan imaginasi. Selain itu, pendekatan pembelajaran berasaskan STEM turut diterapkan bagi merangsang pemikiran kritikal dalam kalangan peserta sejak usia muda. Semua bahan disediakan oleh pihak penganjur, dan hasil kraf yang dihasilkan boleh dibawa pulang sebagai kenangan.

Inisiatif seperti GEOKIDS dilihat mampu memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai dunia sains dan teknologi secara interaktif, sekali gus menyokong usaha UKM dalam memupuk minat generasi muda terhadap bidang STEM.


Translate »