SUTRA di EASEC-19

24 Julai 2026- SUTRA telah mengambil bahagian sebagai pempamer sempena 19th East Asia-Pacific Conference on Structural Engineering and Construction (EASEC-19) yang berlangsung pada 13–15 Julai 2026 di Kuala Lumpur. Persidangan antarabangsa ini menghimpunkan penyelidik, akademik, profesional industri dan pembuat dasar dari rantau Asia Pasifik bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang kejuruteraan struktur, pembinaan dan teknologi mampan. Maklumat lanjut persidangan di laman sesawang https://www.ukm.my/easec19
Melalui penyertaan di ruang pameran, SUTRA telah mempromosikan kepakaran dalam bidang infrastruktur pintar, pengurusan air dan sisa, pengangkutan mampan, geoteknologi serta aplikasi AI, GIS dan penderiaan jauh bagi menyelesaikan cabaran pembangunan bandar masa hadapan.
Secara keseluruhannya, penyertaan SUTRA sebagai pempamer di EASEC-19 berjaya memperkukuhkan peranan UKM dalam memacu penyelidikan berimpak tinggi serta memperkenalkan penyelesaian teknologi yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan masa hadapan.
Lensa Program





Salah satu tarikan utama di reruai SUTRA ialah pameran berkaitan teknologi Black Soldier Fly (BSF) sebagai penyelesaian inovatif bagi pengurusan sisa organik. Teknologi ini menunjukkan bagaimana sisa makanan dan sisa organik boleh ditukarkan kepada sumber bernilai seperti protein alternatif untuk makanan ternakan dan baja organik, seterusnya menyokong konsep waste-to-wealth serta ekonomi kitaran.