Pertandingan Pemodelan Matematik Tambang ECRL 2027

Pertandingan Pemodelan Matematik Tambang ECRL 2027 anjuran Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Mampan (SUTRA), UKM telah memberi peluang kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam konteks dunia sebenar.

Melalui pertandingan ini, peserta membangunkan model pengiraan tambang tren yang realistik, mampan serta selari dengan amalan industri pengangkutan rel.

Inisiatif ini turut menghubungkan teori matematik dengan aplikasi praktikal melalui pendekatan pembelajaran autentik dan interaktif, sekali gus meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap bidang matematik.

Selain itu, pertandingan ini melibatkan kerjasama pihak industri dengan penekanan kepada penggunaan faktor dinamik dalam penentuan tambang, sejajar dengan keperluan sebenar sektor rel menjelang pelaksanaan projek ECRL pada tahun 2027.

Translate »