Menggunakan Internet Explorer pada platform selain Windows

Masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna sistem operasi selain Windows seperti Mac, iOS dan android ketika melayari internet adalah apabila sesuatu halaman atau sistem menetapkan hanya pelayar Internet Explorer sahaja yang serasi atau sesuai dengan halaman atau sistem tersebut. Ini adalah amat menjengkelkan kerana pelayar web Internet Explorer diketahui umum hanya boleh dipasang pada sistem pengoperasi Windows.

Kebelakangan ini pihak Microsoft giat membangunkan sistem atau aplikasi yang boleh digunakan pada pelbagai platform termasuk pada peranti mudah alih. Ini termasuklah membenarkan Internet Explorer digunakan pada platform yang lain. Microsoft telah memulakan projek ModernIE (https://remote.modern.ie/) dengan beberapa tools telah dikeluarkan secara percuma. Projek ini kemudian disatukan dengan Microsoft edge (https://dev.windows.com/en-us/microsoft-edge/)

  • Virtual machines
    Menguji Microsoft Edge dan versi IE6 hingga IE11 menggunakan virtual machine yang boleh dimuat turun dan diuruskan secara luar talian secara percuma. Kaedah ini sesuai digunakan oleh pembangun web yang bekerja secara dalaman atau in-house kerana Internet Explorer boleh digunakan di dalam rangkaian intranet.

  • RemoteIE
    Menguji Internet Explorer secara remote menggunakan Azure RemoteApp yang dijalankan atas sistem operasi Windows, Mac, iOS atau Android. Kaedah ini sesuai digunakan oleh pengguna akhir yang hanya mahu melayari halaman atau sistem menggunakan Internet Explorer kerana Internet Explorer hanya boleh digunakan bersama talian internet.

  • Quick site scan
    Menjalankan imbasan kod secara cepat ke atas sebarang URL untuk menyemak for pustaka fail yang ketinggalan, isu antaramuka dan masalah akses. Kaedah ini sesuai digunakan oleh pembangun web yang hanya mahu menyemak secara cepat masalah sistem menggunakan talian internet yang berada diluar kawasan pembangunan sistem.

  • Generate screenshots
    Melihat sesuatu halaman menggunakan sembilan (9) pelayar web dan peranti berbeza yang biasa digunakan. Ia akan memaparkan screenshot paparan halaman atau sistem yang hendak dilayari.

Dalam artikel ini saya akan tunjukkan secara ringkas bagaimana menggunakan peralatan (tools) Remote Client menggunakan platform Mac. Remote Client ini biasanya digunakan untuk akses secara remote ke peranti yang menggunakan sistem operasi Windows (Professional atau Enterprise)

 

  1. Anda mestilah telah mempunyai Microsoft ID. Jika belum ada akaun sila daftar di http://www.microsoft.com/en-us/account

  2. Daftar sebagai pengguna Remote Client di https://dev.windows.com/en-us/microsoft-edge/tools/remote/

  3. Muat turun Remote App di https://www.remoteapp.windowsazure.com/ClientDownload/

  4. Pasang (install) dan jalankan Remote App

  5. Klik Azure RemoteApp dan daftar masuk menggunakan akaun Microsoft anda
    remote-launch.f76e38b789

  6. Lancarkan perisian Interner Explorer. (IE Tech Preview) remote-launch-browser.ba5fd0e5e8

  7. Masukkan URL dan cuba layari Internet Explorer
    remote-test.2d5d36d13c

  8. Jika anda ingin mencuba versi lain Internet Explorer. Boleh gunakan features browser mode dengan menekan kekunci F12FY6Dhi4

 

(Visited 1,462 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *