TURNITIN

 

Apakah itu TURNITIN?

Turnitin merupakan perisian berasaskan web yang menyediakan perkhidmatan (bagi kegunaan pengajar dan pelajar) memeriksa bahan bertulis bagi tujuan mengelakkan kes plagiat daripada berlaku. Bahan bertulis akan dibandingkan dengan pelbagai sumber yang meliputi laman web, buku, suratkhabar, majalah, jurnal dan semua bahan bertulis yang diperiksa melalui pangkalan data Turnitin.

tunitin2

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengapa perlu TURNITIN?

Objektif langganan adalah untuk memberi kemudahan kepada pensyarah dan pelajar dalam penilaian tentang kesamaan dan keaslian penulisan pelajar. Perisian ini berupaya mengesan dan mengenalpasti sumber-sumber  maklumat yang dipetik oleh pelajar dalam penulisan mereka dengan membandingkan dengan yang ada dalam pangkalan data Turnitin. Turnitin akan memberi maklumbalas peratusan keaslian penulisan pelajar serta memaparkan sumber-sumber yang dipetik oleh pelajar. Walau bagaimanapun…

“… just because it appears as unoriginal does not mean it is plagiarized; it just means that the material matches something in the Turnitin databases.” 1

Maka terpulanglah kepada pensyarah membuat penilaian terhadap penulisan pelajar berdasarkan laporan yang diberikan oleh sistem tersebut.

 

 

Bagaimana mengguna perisian TURNITIN?

Pensyarah UKM boleh membuat permohonan mendapatkan akaun TURNITIN dengan mengisi maklumat pada Borang Permohonan yang disediakan.Maklumat lanjut  boleh dirujuk pada Polisi Penggunaan Turnitin dan Panduan Pengguna untuk rujukan pensyarah dan pelajar.

Anda juga boleh merujuk kepada laman web  www.turnitin.com

 

Rujukan :

http://turnitin.com/en_us/resources/blog/422-training/1686-plagiarism-or-similarity

 

Disediakan oleh : Hanilah Hassan PTM

  http://credit-n.ru/zaymyi-next.html

(Visited 19,903 times, 1 visits today)

One comment

  • Rosseni Din

    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Saya ingin mengikuti kurssus yang puan anjurkan ini jika ada dalam masa terdekat pada bulan Disember ini jika ada, selepas 18.12.15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *