Pembelajaran Atas Talian (EPSA, Coursera, EDX,Futurelearn)

Pembelajaran Atas Talian (e – pembelajaran) merupakan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio. Disamping itu, ia juga menyediakan kemudahan seperti kemudahan dalam bentuk pembelajaran secara berkumpulan dan dibantu oleh pengajar dalam bidang tertentu secara atas talian.

E-pembelajaran membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, pelajar dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan. Kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan pengajaran untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan pembelajaran atas talian antaranya adalah:-

 

EPSA

 

http://www.epsa.gov.my/

 

epsa

EPSA adalah portal pembelajaran secara online bagi penjawat awam Malaysia. EPSA merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk penjawat awam dan merupakan model pendekatan latihan / pembelajaran secara kendiri yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan penggunaan ICT dalam pembelajaran yang berterusan dan sepanjang hayat di kalangan penjawat awam. Semua penjawat awam sama ada pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan atau pasca-perkhidmatan adalah layak menjadi ahli EPSA. Pembelajaran melalui EPSA adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi privasi yang telah ditetapkan.

 

Coursera

https://www.coursera.org

 

coursera

 

Merupakan Syarikat Teknologi Pendidikan  yang diasaskan oleh Profesor Sains Komputer Andrew Ng dan Daphne Koller dari Universiti Stanford yang menawarkan kursus secara atas talian pada Skala Besar (MOOC).

Coursera bekerjasama dengan universiti bagi membolehkan beberapa kursus yang ditawarkan boleh dipelajari secara atas talian. kursus kursus yang ditawarkan meliputi bidang fizik, kejuruteraan, kemanusiaan, perubatan, biologi, sains sosial, matematik, perniagaan, sains komputer dan lain lain.

 

EDX

https://www.edx.org/

edx

 

EDX telah dibangunkan oleh The Massachusetts Institute of Technology dan Universiti Harvard pada Mei 2012. EDX merupakan platform pembelajaran atas talian dan pembekal MOOC. Ia menawarkan kursus yang berkualiti dari universiti dan institusi. Setiap pembelajaran terdiri daripada video pendek berselang-seli dengan latihan pembelajaran interaktif.

Kursus di EDX menyediakan video tutorial yang ditumpukan pada kumpulan kecil, perbincangan, buku teks dalam talian dan forum perbincangan dalam talian di mana pelajar boleh menghantar dan menyemak soalan dan komen antara satu sama lain selain bantuan pengajaran dapat diperolehi dari tenaga pengajar.

Open edX pula merupakan platform sumber terbuka yang menjadi tunjang kepada kursus EDX dan boleh didapati secara percuma secara online. Dengan Open EDX, Pengajar dan ahli teknologi boleh membina alatan pembelajaran dan menyumbang ciri baru keatas platform ini dengan mencipta penyelesaian inovatif untuk kebaikan pelajar dimana sahaja mereka berada.

 

 

Futurelearn

https://www.futurelearn.com

futurelearn

 

FutureLearn dibangunkan pada bulan Disember 2012 oleh sebuah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Open University di Milton Keynes, England. Ia adalah platform MOOC pertama UK, dan pada Mac 2015 termasuk 54 UK dan rakan-rakan Universiti antarabangsa dan-tidak seperti sama platform-termasuk empat rakan-rakan bukan universiti: Muzium British, British Council, British Library dan Filem Negara dan Televisyen School.

Berdasarkan kepada beberapa platform pembelajaran atas talian yang telah dinyatakan diatas, dapatlah dinyatakan bahawa penbelajaran secara atas talian ini merupakan satu cara pembelajaran pada masa kini. Dunia pendidikan kini telah dibanjiri oleh pelbagai alatan medium digital seperti telefon pintar, tablet, TV Interaktif dan digabung pula kemudahan internet yang mempunyai kelajuan tinggi (jalur lebar) dan tersebar di serata dunia.

Dengan adanya kemudahan pembelajaran atas talian ini, di harap setiap pelajar, pekerja mahupun pengajar dapat mengambil peluang ini untuk menjadikan platform ini sebagai medium pembelajaran terbaik bersesuaian dengan konsep pembelajaran atas talian secara percuma tanpa mengira masa dan tempat

 

Disediakan oleh : Wan Aziaris PTM

(Visited 24,356 times, 1 visits today)

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *