OFFICE 365 : Perkhidmatan Kepada Warga UKM

Office-365-Logo

Office 365 merupakan perkhidmatan dalam talian berkonsep awan (cloud) yang menawarkan pakej aplikasi merangkumi Microsoft Word, ExcelPowerPoint dan  OneNote. Ia juga merupakan perkhidmatan yang menyokong pembelajaran abad ke 21 yang memudahkan penyampaian maklumat dan  pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan terutamanya antara pensyarah dan pelajar.

Pada masa ini, warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  yang merangkumi kumpulan pengajar, staf profesional dan pelaksana serta pelajar boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian ini secara percuma dengan mendaftar di http://office.com/teachers (semua staf) atau office.com/getoffice365 (pelajar) dengan menggunakan emel rasmi staf (contoh: ahmad@ukm.edu.my) dan pelajar UKM (contoh ahmad@siswa.ukm.edu.my).

 

 

office login

Setelah mendaftar, pengguna boleh mengakses dan menggunakan kesemua aplikasi berasaskan web ini secara percuma. Semua aplikasi berkenaan disimpan di Pangkalan Data Microsoft. Pengguna  juga diberikan storan awan sebanyak 1 terabyte(TB) untuk menyimpan fail dan ianya boleh diakses dimana sahaja melalui internet dan boleh dikongsi sesama individu atau kumpulan.

Bukan itu sahaja, setiap akaun yang dicipta diberikan 5 lesen bagi memasang Office 365 pada pelbagai peranti(device) dan sesuai untuk sistem pengoperasian Windows dan Mac. Pengguna akan mempunyai aplikasi yang terkini merangkumi Word, Excel, PowerPoint, OneNote, OneDrive, Newsfeed, Sites dan Delve. Jika anda telah memasang office 365, anda mampunyai kelebihan untuk menggunakan aplikasi Office 365 secara offline dan sekiranya ada talian internet, maka segala kerja yang telah dilakukan akan diselaraskan (synchronize) secara automatik.

 

Beberapa ciri yang terdapat pada Office 365

 

 Word · Dalam Mod Membaca, teks disusun semula secara automatik dalam lajur untuk pembacaan di skrin. Menu yang telah dikurangkan dan dengan ini menambah nilai kepada bacaan –memberi focus pada kandungan· Buka PDF di Word, kemudahan untuk edit kandungan, sebagai contoh perenggan, senarai dan jadual, seolah membuatnya di Word.· Templat Word lebih daripada 40 kategori.
 Excel · Setiap workbook mempunyai jendelanya sendiri, lebih memudahkan untuk mengerjakan dua workbook sekaligus sekiranya menggunakan dua monitor.· Beberapa fungsi baru dalam kategori fungsi kiraan dan trigonometri, statistik, kejuruteraan, tarikh dan masa, carian dan rujukan, logik, serta teks.
 OneNote · Melukis, memadam dan mengedit dengan lancar menggunakan jari, stilus atau tetikus pada apa sahaja peranti seperti PC Tablet atau tablet Windows 8. Jika perlu berkongsi nota tulisan tangan dan ingin pastikan ia mudah dibaca, OneNote boleh menukar tulisan tangan secara automatik kepada teks.· Boleh melampirkan hampir apa-apa fail komputer kepada mana-mana bahagian nota, yang menyimpan sesalinan fail tersebut ke dalam buku nota. Juga boleh mencipta atau mengimport hamparan Excel dan gambar rajah Visio terus ke OneNote dan mengedit maklumatnya di dalam nota.
 Powerpoint · Paparan Pembentang membolehkan nota dilihat pada monitor manakala penonton cuma melihat slaid sahaja. Pada versi terdahulu, sukar untuk mengenal pasti siapa yang melihat apa pada monitor yang mana. Paparan Pembentang yang ditambah baik menangani masalah kekeliruan ini dan memudahkan pengendaliannya.· Tidak perlu lagi melihat objek pada slaid dengan teliti untuk memastikan ia tersusun dengan rapi. Panduan Pintar secara automatik muncul apabila objek anda, seperti gambar, bentuk dan banyak lagi, hampir sama jaraknya, dan ia juga memberitahu anda apabila objek anda mempunyai jarak yang seragam.· PowerPoint kini menyokong lebih banyak format multimedia, seperti .mp4 dan .mov dengan video H.264 dan audio Pengekodan Audio Lanjutan (AAC), serta lebih banyak kandungan berdefinisi tinggi. PowerPoint 2013 merangkumi lebih banyak codec sudah siap terbina di dalamnya supaya anda tidak perlu lagi memasangnya bagi memastikan format fail tentu boleh berfungsi.

 

Sejajar dengan perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh Microsoft ini, diharap warga UKM dapat memanfaatkan perhidmatan ini dengan sebaiknya dan menggunakannya untuk memudahkan penyampaian maklumat, peningkatan produktiviti, pembelajaran dan penyelidikan.

 

Disediakan oleh: Wan Aziaris PTM

(Visited 3,321 times, 5 visits today)

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *