Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 telah berjaya dianjurkan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi dengan penyertaan sekitar 100 orang sukarelawan. Program ini merupakan inisiatif bersama ALAF-UKM, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia (NRES), Maribumi Starchtec, Politeknik Port Dickson serta MyFundAction.
Melalui pendekatan gabungan pendidikan awam dan aktiviti komuniti, KUDAH menjadi wadah untuk menyemai kesedaran serta membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan masyarakat setempat.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengurus Tenaga Lestari MGTC, Encik Muhamad Muhtazam Noor Din, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Dasar Inisiatif Lestari NRES, Encik Muhammad Hidayatullah Nasrul dan Ketua Pegawai Eksekutif Maribumi Starchtec, Ar. M. Faizal Zainol.
Program KUDAH ini bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap pemuliharaan alam, tetapi juga menonjolkan potensi kolaborasi rentas agensi dalam menjayakan agenda kelestarian negara.














