Global South Bats (GSB) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi, ALAF-UKM dan Universiti Malaysia Sabah sukacitanya akan menganjurkan ‘2nd Networking Workshop and Field Course’, dengan memberi tumpuan kepada pengenalan kelawar, ekologi, dan pemuliharaan yang terbuka kepada semua peserta dari negara-negara Asia, Afrika, Amerika Latin, dan Caribbean.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk menghubungkan dan memperkasakan ahli biologi kelawar serta penyelidik kelawar di seluruh Global South. Butiran acara bagi kursus ini adalah seperti perincian berikut:
𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝘂𝗮 𝗚𝗼𝗺𝗮𝗻𝘁𝗼𝗻𝗴, 𝗦𝗮𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟭𝟬 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 – 𝟮𝟭 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
Bengkel ini juga akan memberi fokus kepada mengenalpasti dan membangunkan idea projek kolaboratif merentasi benua serta melaksanakan matlamat Pelan Tindakan Strategik GSB.
Layari laman sesawang globalsouthbats.org/malaysia untuk maklumat lanjut.














