Perbadanan Taman Negeri Pahang bersama Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) serta Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM telah melaksanakan sesi pelepasan benih ikan di Tasik Chini Rizab Biosfera pada 25 Februari 2025 (Selasa).
Program ini diadakan bersempena Majlis Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa sebagai langkah proaktif dalam usaha pemuliharaan biodiversiti akuatik dan ekosistem Tasik Chini. Terdapat beberapa spesies ikan seperti ikan Lampan Sungai ,ikan Terbul, ikan Baung dan beberapa ekor induk ikan Lampan Sungai yang dilepaskan bagi memperkaya kehidupan akuatik di tasik ini. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengekalkan keseimbangan ekologi tetapi juga menyokong kesinambungan sumber perikanan semula jadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perikanan Negeri Pahang atas sumbangan benih ikan yang disediakan bagi menjayakan Sesi Pelepasan Benih Ikan Sempena Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa di Tasik Chini Rizab Biosfera.














