Tanggal 3 Mac setiap tahun adalah merupakan tarikh yang telah diwartakan di peringkat antarabangsa sebagai Hari Hidupan Liar Sedunia atau 𝘞𝘰𝘳𝘭𝘥 𝘞𝘪𝘭𝘥𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘋𝘢𝘺. Bertemakan “Wildlife Conservation Finance: Investing in People and Planet”, tema tahun ini menekankan kepentingan pembiayaan mampan dalam usaha pemuliharaan serta bagaimana pelaburan terhadap alam sekitar memberi manfaat kepada komuniti global.
Pemuliharaan hidupan liar bukan sekadar menjaga spesies terancam, tetapi juga memastikan keseimbangan ekosistem yang menyokong kehidupan seharian kita. Dengan kerjasama antara kerajaan, institusi penyelidikan, sektor swasta dan masyarakat, kita dapat memperkukuh usaha pemuliharaan melalui pembiayaan inovatif serta penyelesaian lestari.
Marilah kita bersama menyokong usaha pemuliharaan ini kerana pelaburan untuk alam hari ini adalah jaminan masa depan generasi akan datang.














