Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menganjurkan Majlis Jalinan Iftar Cahaya Ramadan bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pada 13 Mac 2025. Seramai 21 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi diraikan dalam majlis ini sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan warga UKM kepada golongan yang memerlukan.
Pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani menyerahkan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim rumah kebajikan tersebut.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Strategi ALAF-UKM, Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Profesor Kehormat UKM, Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris dan Pengerusi Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Encik Norafizal Japperi.














