22 April telah diwartakan sebagai tarikh Sambutan Hari Bumi di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam ke arah pemeliharaan bumi serta pemuliharaan alam sekitar. Hari Bumi juga merupakan sambutan yang disambut oleh 192 negara dengan tujuan yang sama bagi meningkatkan kesedaran penduduk bumi mengenai isu-isu alam sekitar yang dihadapi oleh bumi melibatkan isu perubahan iklim, bencana, pencemaran dan kehilangan kepelbagaian biologi.
Sambutan yang bertemakan “Kuasa Kita, Planet Kita” ini membawa peringatan bahawa setiap tindakan kita memberi kesan kepada bumi yang kita warisi bersama. Di tengah-tengah cabaran perubahan iklim, degradasi alam sekitar dan kehilangan biodiversiti, pendekatan lestari menjadi keutamaan dalam setiap agenda pembangunan. Kelestarian bukan lagi pilihan, namun satu keperluan bersama.
Daripada memelihara biodiversiti, menjaga kualiti air dan udara, hingga mengurangkan sisa dan pencemaran, semua usaha ini menuntut kesedaran, kerjasama serta iltizam berterusan. Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia.
Ikhlas daripada Warga ALAF-UKM.