Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM dan Prof. Dr. Mohamad Azwani Shah Mat Lazim atas kejayaan cemerlang merangkul Anugerah Korporat Rohto sempena Sustainable Food Camp 2025 yang berlangsung pada 22 April 2025 di Resorts World Awana, Genting Highlands, Malaysia.
Produk yang dibangunkan adalah semburan pelapis karbohidrat yang berfungsi untuk melapisi permukaan makanan berkarbohidrat, seterusnya mengurangkan kadar penguraian dan memanjangkan jangka hayat makanan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang dalam bidang kelestarian dan inovasi sains pada masa akan datang.














