Bertemakan “Beat Plastic Pollution”, tahun ini kita diberi peringatan tentang keperluan mendesak untuk membendung pencemaran plastik yang mengancam ekosistem, kesihatan manusia dan hidupan laut. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, marilah kita bertindak memelihara bumi daripada terus dibelenggu pencemaran plastik. Langkah kecil kita hari ini seperti kurangkan penggunaan plastik sekali guna, bawa beg dan botol sendiri, sokong inovasi hijau serta ekonomi kitar semula mampu menyelamatkan generasi akan datang.
Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia 2025.














