Pusat Penyelidikan Langkawi UKM hari ini telah menerima kunjungan mesra delegasi Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) yang beroperasi di Jakarta, Indonesia yang diketuai oleh Profesor Tetsuya Watanabe, President of ERIA.
Naib Canselor UKM, Prof Sufian Jusoh menyambut baik lawatan ini, serta menyifatkannya sebagai peluang kolaborasi jangka panjang di antara kedua-dua organisasi. Delegasi turut dibawa melawat Kilim Geoforest Park Langkawi yang menjadi sebahagian lokasi penyelidikan dan aktiviti kemasyarakatan para penyelidik UKM.
Turut hadir, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal yang menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF UKM dan Prof Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM.














