Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi penganjuran Bengkel Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang memfokuskan kepada inovasi teknologi biochar dan perapi tanah bagi tujuan penanaman semula pokok. Program strategik ini merupakan kolaborasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah dana APEC menerusi forum Policy Partnership on Food Security (PPFS).
Projek Projek yang diterajui oleh Dr. Ahmad Razi Othman dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu bertujuan menangani isu kemerosotan kualiti tanah melalui penyelesaian berasaskan alam semulajadi. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh dalam ucapannya menekankan kepentingan lokasi penyelidikan tersebut yang bukan sahaja signifikan dari sudut akademik, malah diiktiraf di peringkat global.
Berita penuh di: https://www.ukm.my/beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/














