ALAF-UKM melalui Makmal Bioserasi menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Encik See Chee Kong. Delegasi JSM telah disambut oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin bersama Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal ALAF-UKM, Puan Hir Yanti Md Tahir serta Ketua Makmal Bioserasi, Dr. Siew Ee Ling.
Â
Kunjungan strategik ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan institusi antara UKM dan JSM khususnya dalam memperkasakan pembangunan standard, pengukuhan perkhidmatan toksikologi, peningkatan kapasiti teknikal makmal serta penerokaan potensi kerjasama berimpak tinggi dalam sektor penyelidikan dan perkhidmatan saintifik negara.
Sepanjang kunjungan berlangsung, delegasi JSM diberi penerangan berkaitan fungsi dan peranan Makmal Bioserasi sebagai pusat pengujian dan perkhidmatan yang memfokuskan kepada analisis toksikologi, keselamatan produk serta pengujian saintifik yang menyokong pelbagai sektor termasuk kesihatan, farmaseutikal, kosmetik, bioteknologi dan industri berkaitan.
Â
Delegasi JSM turut dibawa melawat fasiliti Makmal Bioserasi bagi meninjau sendiri infrastruktur makmal, kemudahan penyelidikan, teknologi analisis serta keupayaan operasi yang menyokong pelaksanaan perkhidmatan saintifik secara profesional, sistematik dan selaras dengan piawaian kualiti semasa. Kunjungan hormat ini mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kapasiti dan kepakaran Makmal Bioserasi, ALAF-UKM dalam menyokong agenda pembangunan standard dan pengukuhan perkhidmatan saintifik negara.
May 22, 2026































