Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM telah menjadi lokasi pelaksanaan program “Youth as Ecotourism Ambassadors: Communication Training Program on Mersing Island Heritage Session 3/2026” yang berlangsung pada 1 hingga 3 Jun 2026. Program ini merupakan anjuran bersama Fakulti Pendidikan UKM (FPend) dan Mersing Tourism Association (MTA) dalam usaha memperkukuh peranan generasi muda sebagai duta ekopelancongan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.
Dengan berlatarbelakangkan keunikan ekosistem marin dan kepelbagaian biodiversiti Kepulauan Mersing, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan interpretasi warisan, komunikasi pelancongan, pemuliharaan alam sekitar serta peranan komuniti dalam menjayakan agenda pelancongan lestari.





















