Seramai sembilan (9) orang kakitangan ALAF-UKM yang terdiri daripada Pegawai Insiden ALAF-UKM telah menyertai Kursus Asas Keselamatan Kebakaran 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 15 November 2026 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kursus anjuran Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) ini merupakan salah satu usaha memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan kakitangan dalam menghadapi risiko dan situasi kecemasan, khususnya yang melibatkan insiden kebakaran di tempat kerja.
Sepanjang tiga hari berkursus, para peserta telah mengikuti pengisian teori dan latihan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah.
Pengisian kursus merangkumi peranan dan tanggungjawab pasukan keselamatan kebakaran, pemahaman kimia kebakaran dan kelas-kelas api, pepasangan serta kelengkapan keselamatan kebakaran, amalan pengurusan persekitaran kerja selamat (Good Housekeeping) dan pengenalpastian potensi bahaya kebakaran.
Penyertaan ini merupakan satu langkah penting dalam mempertingkatkan keupayaan Pegawai Insiden ALAF-UKM sebagai antara barisan petugas yang memainkan peranan dalam aspek kesiapsiagaan dan tindak balas awal terhadap kecemasan.
November 18, 2026


















