Air membawa kehidupan dalam setiap titisan. Sebagai keperluan asas, air memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam semulajadi dan menyokong kehidupan di bumi kita. Air memberi kehidupan kepada seisi alam, baik manusia, tumbuhan mahupun haiwan.
Dengan tindakan kelestarian yang tepat seperti mengurangkan pembaziran air, membersihkan sumber air, dan menjaga keseimbangan ekosistem air adalah langkah-langkah yang sangat penting dalam memastikan sumber air kita sentiasa terpelihara. Dengan bertemakan ‘𝘞𝘢𝘵𝘦𝘳 𝘧𝘰𝘳 𝘗𝘦𝘢𝘤𝘦’, kita mampu mencipta dunia di mana air menyokong perdamaian, kemakmuran, dan keadilan untuk semua.














