Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF) telah menerima kunjungan dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik, UPSI & Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), Universiti Teknologi MARA (UiTM)pada 1 – 4 Februari 2024 yang lepas. Program ini disertai oleh 8 orang dari UPSI dan 7 orang dari UiTM dan 3 orang kakitangan PPBF.
Tujuan Ekspedisi Bukit Fraser ini diadakan adalah untuk menjalankan kutipan spesimen bagi kajian ekstrak kimia dan bahan aktif tumbuhan.
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana menjalankan aktiviti di Pusat Penyelidikan Bukit Fraser. Pihak kami mengalu-alukan peluang kerjasama dimasa akan datang.














