Pada 20 Februari 2024 yang lepas, Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menerima rombongan daripada Pusat Latihan FELDA Chini (PLC) yang membawa peserta-peserta dari Felda Wilayah Johor Bahru sempena Bengkel & Team Building mereka di Pusat Latihan Felda Chini. Seramai 42 orang peserta daripada Felda Wilayah Johor Bahru dan Pusat Latihan Felda Chini telah dibawa untuk menelurusi denai pendidikan di PPTC untuk belajar serba sedikit mengenai hutan di Tasik Chini serta berpeluang untuk berkayak di Tasik Chini. Walaupun cuaca sedikit panas tapi peserta semua menikmati pengalaman yang menyeronokkan ini di Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM














