Kecemerlangan Makmal Bioserasi UKM – Biocompatibility Laboratory terus diiktiraf melalui pengiktirafan sebagai makmal berstatus BioNexus Partner Laboratory.
Pengiktirafan yang telah diberikan oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd ini adalah selari dengan prestasi cemerlang dan pencapaian yang memuaskan Makmal Bioserasi, ALAF-UKM dalam perkhidmatan, kemudahan serta kepakaran makmal khususnya di dalam bidang bioekonomi.
Makmal Bioserasi bersedia berkhidmat bagi membantu pihak SME, industri dan syarikat bagi menyediakan produk yang sedia untuk dipasarkan. Makmal Bioserasi juga menawarkan perkhidmatan merangkumi pengujian keselamatan, pembangunan dan pengkomersilan produk, serta perkhidmatan perundingan, latihan serta banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh dimajukan melalui emel: 𝗸𝗺𝗯𝗶𝗼𝘀𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶@𝘂𝗸𝗺.𝗲𝗱𝘂.𝗺𝘆.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Makmal Bioserasi, ALAF-UKM di atas penganugerahan ini.














