Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dan Prof. Madya Dr. Norela Sulaiman di atas penerbitan buku berjudul ‘𝗥𝗮𝗳𝗳𝗹𝗲𝘀𝗶𝗮 𝗼𝗳 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴’ yang telah berjaya disenaraikan sebagai salah satu buku Penerbitan Katalog ‘50 Best Malaysia Titles for International Rights 2023/2024’.
Pemilihan Buku ‘𝗥𝗮𝗳𝗳𝗹𝗲𝘀𝗶𝗮 𝗼𝗳 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴’ yang juga merupakan kategori buku mewah ini adalah merupakan satu pengiktirafan di dalam usaha menerbitkan bahan-bahan penerbitan berimpak tinggi khusus kepada penyelidikan ekosistem dan biodiversiti tempatan di Malaysia serta keunikkannya.
Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta perkembangan ilmu. Syabas dan tahniah diucapkan.














