Alhamdulillah, ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kakitangan dan Ketua Makmal Bioserasi, ALAF-UKM Prof. Madya. Ts. Dr. Razinah Mohd Sharif (UKRT, ERT) di atas penganugerahan gelaran Teknologis Profesional (Ts.) di dalam bidang Bioteknologi (BT) oleh Lembaga Teknologis Malaysia atau MBOT.
Semoga dengan pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts.) ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja ALAF-UKM untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, seterusnya memperkasa bidang penyelidikan yang berimpak tinggi di ALAF-UKM dan membantu kegemilangan UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka di peringkat antarabangsa yang terus meningkat dari semasa ke semasa.
Tahniah dan syabas diucapkan!














