Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Santunan Kasih anjuran Makmal i-CRIM UKM bersama Pengurusan ALAF-UKM bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Majlis yang berlangsung dengan penuh keberkatan dan hikmah ini adalah bertujuan meraikan seramai 24 orang anak yatim Rumah Bakti Nur Ain untuk berbuka puasa bersama-sama serta memberi sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim rumah kebajikan tersebut.
Turut hadir sama pada majlis ini, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF-UKM, Prof. Ts. Dr. Muhammad Rahimi Yusop, Pengarah CRIM, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA, UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Hirwani Wan Hussain, Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi UKM dan Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Prof. Kehormat dan Lantikan Gig Akademik ALAF-UKM.
ALAF-UKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa, dan sumbangan bagi menjayakan Majlis Santunan Kasih ini. Semoga amal ibadah kita di bulan Ramadan ini diberkati oleh Allah SWT dan terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.














