Unit Pencirian Fizikal, Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah menganjurkan Bengkel Fundamental of Chemical Crystallography dari 19 hingga 21 November 2024 bertempat di Makmal Pengolahan Data XRD, Makmal i-CRIM.
Penganjuran bengkel ini menjadi platform istimewa bagi para peserta mendalami teknik saintifik terkini dalam mengkaji struktur molekul terpencil serta sebatian tersintesis. Lebih menarik, perkongsian bengkel ini di barisi oleh pengajar profesional iaitu Prof. Emeritus Bohari M. Yamin (UKM), Dr. Amalina Tajuddin (UiTM), Ts. Mohammad Fadzlee Ngatiman (UKM) dan En. Muhamad Azwan Hamali (UiTM).
Melalui bengkel, para peserta bukan sahaja memperoleh pemahaman mendalam tentang teknik pencirian struktur tetapi juga berpeluang memperkukuhkan jaringan professional mereka di dalam bidang ini.
Makmal i-CRIM, ALAF-UKM terus komited memperkukuh peranan UKM dalam penyelidikan global dan memartabatkan bidang kristalografi kimia di peringkat nasional serta antarabangsa.














