EKSPLORASI SUMBER AIR PERKASA KESEDARAN KELESTARIAN DALAM KALANGAN GENERASI MUDA

Pada 16 Jun 2026, telah berlangsung dengan jayanya Program Eksplorasi Sumber Air (Water Discovery Programme) di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Program ini merupakan anjuran bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), UKM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi.
 
Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru dari sekolah-sekolah di Langkawi telah menyertai program ini. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta mengenai kepentingan sumber air sebagai aset strategik negara serta peranannya dalam menjamin kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
 
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan pengurusan sumber air negara, termasuk proses kitaran air semula jadi, pemuliharaan kawasan tadahan air, cabaran pengurusan sumber air pada masa kini, serta usaha-usaha yang dilaksanakan bagi memastikan bekalan air yang mencukupi dan berkualiti untuk generasi akan datang.
 
Penekanan turut diberikan kepada situasi dan keunikan pengurusan sumber air di Langkawi, sebuah pulau yang bergantung kepada sumber air yang terhad dan memerlukan pengurusan yang cekap bagi memenuhi keperluan penduduk serta sektor pelancongan yang pesat berkembang. Melalui aktiviti interaktif, demonstrasi lapangan dan perkongsian ilmu oleh para fasilitator, peserta berpeluang memahami hubungan rapat antara penjagaan alam sekitar, pemuliharaan hutan dan kelestarian sumber air.
 
Program ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih peka terhadap isu air dan alam sekitar, seterusnya menjadi agen perubahan dalam memupuk budaya menghargai dan memelihara sumber air demi masa depan yang lestari.
June 22, 2026
Scroll to Top

BIOGEORINTIS KUBANG BADAK



Aktiviti:
  • Jelajah Galeri PPL
    Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
  • Teroka Bakau
    Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat ekosistem bakau menaiki bot
  • Snorkeling
    Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk

Budaya Orang Asli & Eksplorasi Hutan


Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini (kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Kandis.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Kalendar Automatik (Tema Engitech)

KALENDAR ACARA

*Tidak semua tempahan yang telah dibuat adalah menggunakan seluruh fasiliti. Para pelanggan boleh membuat pertanyaan kepada kakitangan bertugas.

KELESTARIAN TERNAKAN KETAM NIPAH



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

WARISAN NELAYAN TRADISI



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Mengail Ikan
Mengail ikan menggunakan kampoi dan menaiki bot nelayan

WARISAN EKOSISTEM BAKAU



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Teroka Bakau
Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat ekosistem bakau menaiki bot
•
Snorkeling
Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

WARISAN ALAM DAN TRADISI



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Mengail Ikan
Mengail ikan menggunakan kampoi dan menaiki bot nelayan
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

PAKEJ 5: EKOSISTEM MARIN 3600 (3H2M) Lihat Harga

Ekosistem Marin 360


Aktiviti:
Alami pengalaman berkhemah di hadapan pantai di Mersing.
Menikmati pemandangan malam yang indah di pantai Tg. Resang.
Menghayati keindahan alam marin yang disediakan di EKOMAR.
Mempelajari dan menghayati kehidupan nelayan tradisi.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: EKSPLORASI HUTAN & TASIK CHINI (2H1M)  Lihat Harga

Eksplorasi Hutan & Tasik Chini


Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Kandis.
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Program Saintis Cilik


Aktiviti:
Meneroka flora dan fauna Bukit Fraser.
Nikmati keindahan Air Terjun Jeriau.
Perkhemahan.
Buku panduan dan alat tulis disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: ALAMI BUKIT FRASER (2H1M) Lihat Harga

ALAMI BUKIT FRASER


Aktiviti:
Kenali flora dan fauna, tumbuhan etnobotani, ekologi hutan, menyusuri sungai dan air terjun.
Perkhemahan.
Alatan tulis dan buku panduan disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 1: EKSPLORASI DATARAN PASANG SURUT PULAU MAWAR (4 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Dataran Pasang Surut Pulau Mawar


Aktiviti:
Meneroka dataran pasang-surut Pulau Mawar seluas hampir 1 km persegi, hutan bakau pantai serta pentas hakisan dan tunggul laut yang unik.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 4: EKSPLORASI ALAM MARIN (1 HARI) Lihat Harga

Eksplorasi Alam Marin


Aktiviti:
Menikmati keindahan alam marin dengan aktiviti snorkel di pulau-pulau berhampiran.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 2: EKSPLORASI MALAM PANTAI TG. RESANG (3 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Malam Pantai Tg. Resang


Aktiviti:
Meneroka keindahan pantai malam bersama hidupan nokturnal sambil menghayati peranan bulan dan bintang.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 3: KEHIDUPAN NELAYAN TRADISI (1 HARI) Lihat Harga

Kehidupan Nelayan Tradisi


Aktiviti:
Menghayati kehidupan nelayan tradisi termasuk akitiviti memukat, menjala dan menangkap hasil laut.
Mempelajari cara tradisi pembuatan keropok lekor dan sata.
Khidmat jurupandu berpengalaman.