Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) turut memeriahkan INNOFEST 2026 menerusi pembukaan reruai pameran pada 19 Oktober 2026, bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi.
Penyertaan ini menjadi ruang untuk memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan makmal ALAF-UKM dalam menyokong keperluan penyelidikan, pendidikan serta inovasi. Melalui interaksi di reruai, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat dan mengenali dengan lebih dekat peranan makmal alami dan fizikal UKM.
Menghimpunkan penyelidik, industri dan warga universiti, INNOFEST 2026 turut menampilkan Pameran Teknologi UKM, Sesi Padanan Strategik UKM, Forum Inovasi serta Pelancaran Teknologi UKM. Penganjuran ini membuka ruang untuk pertukaran idea, peluasan jaringan dan penerokaan peluang kerjasama serta pengkomersialan.
ALAF-UKM merakamkan ucapan tahniah kepada INOVASI@UKM
dan IDEA UKM atas kejayaan penganjuran program ini yang membuka ruang perkongsian ilmu, memperluas jaringan kerjasama serta mengetengahkan teknologi dan inovasi UKM.
October 20, 2026


















