KEPAKARAN MAKMAL BIOSERASI JADI RUJUKAN INDUSTRI DAN AGENSI KERAJAAN

Kepakaran Makmal Bioserasi, ALAF-UKM dalam bidang penilaian biokompatibiliti terus mendapat pengiktirafan apabila tenaga pakarnya dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam program latihan anjuran Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority, MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Mewakili Makmal Bioserasi, Dr. Ee Ling, Ketua Makmal dan Ts. Hasnizawati Mohamed Dahlan, Pengurus Makmal Bioserasi telah dijemput untuk berkongsi kepakaran, pengalaman teknikal serta amalan terbaik dalam pelaksanaan ujian biokompatibiliti yang menjadi elemen kritikal dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan peranti perubatan sebelum dipasarkan.
 
Program yang menghimpunkan pemain industri, penyelidik, pengeluar peranti perubatan serta pihak berkepentingan ini bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan keperluan regulatori, pemilihan ujian, interpretasi keputusan makmal dan pelaksanaan penilaian biokompatibiliti berdasarkan piawaian antarabangsa ISO 10993. Program ini mencerminkan keyakinan pihak MDA terhadap kompetensi Makmal Bioserasi sebagai salah sebuah makmal yang mempunyai kepakaran khusus dalam pengujian dan penilaian biokompatibiliti, selaras dengan keperluan standard antarabangsa serta kehendak regulatori semasa industri peranti perubatan.
 
Sebagai makmal yang menawarkan perkhidmatan pengujian dan analisis saintifik berimpak tinggi, Makmal Bioserasi sentiasa komited dalam menyokong pembangunan ekosistem penyelidikan, inovasi dan industri negara melalui penyediaan data saintifik yang tepat, boleh dipercayai dan memenuhi keperluan piawaian antarabangsa.
June 23, 2026
Scroll to Top

BIOGEORINTIS KUBANG BADAK



Aktiviti:
  • Jelajah Galeri PPL
    Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
  • Teroka Bakau
    Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat ekosistem bakau menaiki bot
  • Snorkeling
    Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk

Budaya Orang Asli & Eksplorasi Hutan


Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini (kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Kandis.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Kalendar Automatik (Tema Engitech)

KALENDAR ACARA

*Tidak semua tempahan yang telah dibuat adalah menggunakan seluruh fasiliti. Para pelanggan boleh membuat pertanyaan kepada kakitangan bertugas.

KELESTARIAN TERNAKAN KETAM NIPAH



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

WARISAN NELAYAN TRADISI



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Mengail Ikan
Mengail ikan menggunakan kampoi dan menaiki bot nelayan

WARISAN EKOSISTEM BAKAU



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Teroka Bakau
Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat ekosistem bakau menaiki bot
•
Snorkeling
Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

WARISAN ALAM DAN TRADISI



Aktiviti:
•
Jelajah Galeri PPL
Lawatan ke galeri penyelidikan PPL
•
Mengail Ikan
Mengail ikan menggunakan kampoi dan menaiki bot nelayan
•
Menangkul Ketam
Aktiviti menangkap ketam kaedah tradisional dengan menaiki bot nelayan

PAKEJ 5: EKOSISTEM MARIN 3600 (3H2M) Lihat Harga

Ekosistem Marin 360


Aktiviti:
Alami pengalaman berkhemah di hadapan pantai di Mersing.
Menikmati pemandangan malam yang indah di pantai Tg. Resang.
Menghayati keindahan alam marin yang disediakan di EKOMAR.
Mempelajari dan menghayati kehidupan nelayan tradisi.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: EKSPLORASI HUTAN & TASIK CHINI (2H1M)  Lihat Harga

Eksplorasi Hutan & Tasik Chini


Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas, Tempinis dan Kandis.
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Program Saintis Cilik


Aktiviti:
Meneroka flora dan fauna Bukit Fraser.
Nikmati keindahan Air Terjun Jeriau.
Perkhemahan.
Buku panduan dan alat tulis disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 5: ALAMI BUKIT FRASER (2H1M) Lihat Harga

ALAMI BUKIT FRASER


Aktiviti:
Kenali flora dan fauna, tumbuhan etnobotani, ekologi hutan, menyusuri sungai dan air terjun.
Perkhemahan.
Alatan tulis dan buku panduan disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 1: EKSPLORASI DATARAN PASANG SURUT PULAU MAWAR (4 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Dataran Pasang Surut Pulau Mawar


Aktiviti:
Meneroka dataran pasang-surut Pulau Mawar seluas hampir 1 km persegi, hutan bakau pantai serta pentas hakisan dan tunggul laut yang unik.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 4: EKSPLORASI ALAM MARIN (1 HARI) Lihat Harga

Eksplorasi Alam Marin


Aktiviti:
Menikmati keindahan alam marin dengan aktiviti snorkel di pulau-pulau berhampiran.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 2: EKSPLORASI MALAM PANTAI TG. RESANG (3 JAM) Lihat Harga

Eksplorasi Malam Pantai Tg. Resang


Aktiviti:
Meneroka keindahan pantai malam bersama hidupan nokturnal sambil menghayati peranan bulan dan bintang.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

PAKEJ 3: KEHIDUPAN NELAYAN TRADISI (1 HARI) Lihat Harga

Kehidupan Nelayan Tradisi


Aktiviti:
Menghayati kehidupan nelayan tradisi termasuk akitiviti memukat, menjala dan menangkap hasil laut.
Mempelajari cara tradisi pembuatan keropok lekor dan sata.
Khidmat jurupandu berpengalaman.