Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya. Dr. Razinah Sharif selaku Ketua Makmal Bioserasi UKM – Biocompatibility Laboratory kerana telah berjaya menerima pengiktirafan kelayakan profesional antarabangsa UK Registered Toxicologist (UKRT) yang juga membawa kepada pengiktirafan European Registered Toxicologist (ERT).
Prof. Madya. Dr. Razinah Sharif merupakan penyelidik wanita pertama di UKM dan juga penyelidik wanita ketiga di Malaysia yang memperoleh pengiktirafan sedemikian. Pengiktrafan ini jelas menunjukkan kewibawaan dan kompetensi beliau sebagai Pakar Toksikologi di Malaysia khususnya di Makmal Bioserasi, ALAF-UKM yang diiktiraf di peringkat dunia serta panel antarabangsa.
Â
Semoga dengan pengiktirafan ini, beliau dapat meningkatkan kecemerlangan ALAF-UKM di persada antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha dengan cemerlang. Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi kepada Prof. Madya. Dr. Razinah di atas pengiktirafan ini.














