ALAF-UKM menerusi Makmal i-CRIM telah menerima lawatan dan kunjungan hormat daripada Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat, Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ), Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) pada 28 Oktober 2026.
Delegasi USM yang diketuai oleh Prof. Dr. Badrol Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan, PKTAAB, USM, disambut mesra oleh Makmal i-CRIM yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Nor Roslam Wan Isahak, Ketua Makmal i-CRIM, ALAF-UKM. Kunjungan ini membuka ruang untuk perkongsian pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan makmal serta perkhidmatan analisis menggunakan instrumen saintifik berteknologi tinggi.
Selain kemudahan yang tersedia, kepakaran dalam pengendalian instrumen dan pelaksanaan analisis turut menjadi aspek penting dalam perkhidmatan makmal. Perkongsian antara kedua-dua pihak berpotensi membantu mengenal pasti keperluan penyelidikan yang boleh disokong melalui penggunaan kemudahan dan kepakaran masing-masing.
Hubungan ini diharap dapat diteruskan melalui kolaborasi jangka panjang antara ALAF-UKM dan pihak USM, termasuk latihan teknikal, perkongsian kepakaran analisis instrumen, penggunaan kemudahan penyelidikan serta penerokaan projek bersama.
November 4, 2026


















